Monday, January 07, 2013

BODOH? SENTIMENTAL?

Assalamualaikum....
Bonjour!

manusia macam aku memang tak berapa nak layan novel-novel cinta ni. bukan tak suka tapi aku takut bila aku start layan novel balik, satu habuk kerja tak siap. serious! aku pernah tak tidur dan lupa nak makan time aku form 4 dulu sebab aku tak jumpa lagi end page novel tu. betapa tegarnya aku sampai ada sindrom selagi tak tahu ending, selagi tu novel tak lepas dari genggaman aku. so, start masuk form 5. aku buat keputusan yang paling hebat, "lupakan fasal novel cinta, SPM lagi penting". a round of applause please! hahaha.

bila baca novel ni, pasti ada scene penderaan jiwa atau fizikal terhadap seorang wanita. alah, bukan setakat dalam novel, realitinya memang ada. kawan aku pernah nampak perempuan kena lempang dalam Secret Recipe kut. memang hebat kau jantan dayus! depan orang ramai kau pekena tapak tangan dekat pipi perempuan. secubit rasa malu pun kau tak ada! sangat hebat! 

tapi kadang-kadang, ada sesetengah perempuan tu, dah kena penampar terajang still balik semula dekat lelaki dayus tu. okay, kadang-kadang aku tak faham! kenapa tak tinggalkan je lelaki tu. aku rasa itu keputusan paling senang dan tepat. dan aku lupa. aku juga pernah rasa situasi yang sama tapi tak ada lah se'extreme' kena herdik, maki, hamun, sepak, terajang, juga penampar. tak sejauh itu. situasi aku cuma situasi biasa bila kita broke up. cukup biasa, situasi hujung kuku berbanding diherdik juga didera. tapi bila lelaki tu datang balik, minta maaf, dan nangis-nangis?! hati perempuan ni automatik jadi lembut dan mulalah rasa macam nak bagi peluang. dan aku tak faham kenapa aku dan juga perempuan lain buat macam tu. kenapa?

today I've figured it out! hati perempuan ni tersangat lembut. kalau dah sayang, apa-apa pun boleh. macam sayangnya mak dengan anak tapi parental love ni lagi penting kut tapi word 'sayang/ love' tetap sama. dah azalinya kami begini. mungkin ada orang kata;

"kau ni, dia dah tinggalkan kau, kau bagi peluang lagi! tak payah nak sedih-sedih kalau dia tak hargai kau. jangan jadi BODOH boleh?!"

betul! betul apa yang korang kata. tapi korang kena faham jiwa dan perasaan dia. kita bukan diri dia. kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. but girls, memberi peluang juga perlulah bijak, "memberi peluang kedua itu mulia. memberi peluang ketiga itu bangang tahap dewa. bangang lagi orang yang tak menghargai peluang yang diberikan." that's reality! okay, ayat aku tu agak sarcastic tapi ayat ni aku jumpa sebenarnya.  


we're not stupid boys! we're just being sentimental. 
but it doesn't means that we can't live without you guys!
right, girls? ت

Chaww! Au Revoir! xoxoD...

No comments:

Post a Comment