Wednesday, March 20, 2013

PEJABAT POS MAHA JAUH DAN MAT SALLEH

Assalamualaikum...
bonjour!

arghhh serious aku malas! malas yang teramat-amat malas kuasa patploh. tapi sebab abah yang minta, gua rajinkan diri meredah cuti ke pejabat pos uitm shah alam untuk mengepos salinan photostat IC. pejabat pos uitm adalah maha jauh dari kolej gua, mawar. sebelum mula melangkah keluar dari pintu bilik 2B-A6-51, gua sempat buat senaman human sushi roll atas toto kepunyaan roommate gua sambil melayan running man. ya! gua kipas-susah-mati running man. korang pun sama bukan? senyum.

pukul 12 tengah hari. gua rajinkan diri untuk turun, alang-alang keluar beli makan, biar sampai ke pejabat pos terus. tapi sebelum ke pejabat pos, harus lah hukumnya gua pergi photostat IC dulu di kedai dalam fakulti gua, fakulti kejuruteraan awam. gua memang loyal customer abang punya kedai. semua urusan print dan photostat, gua lunaskan kat kedai abang tu. hurmmm...abang tu mesti kaya dengan duit gua. 

dan dalam perjalanan gua ke bangunan fakulti, sudah tertulis takdir gua bertembung dengan 4 ekor abam mat salleh. ada yang hengseng dan ada yang kurang hengseng. itu first impression gua. dasar perempuan hanya memandang rupa paras! choii! sempat gua bergurau bersama teman peneman ke pejabat pos. 'kalau gua nyanyi lagu carly rae japson punya chorus, mesti gua nampak ohsem.' alaaahh...lagu call me maybe. lagu perempuan mengurat bapok hengseng tu. tapi itu hanya gurauan, kalau gua buat betul-betul, seriau abam-abam mat salleh tu. bertaburan lah mereka lari kerana ketakwarasan gua. heheee.

selesai photostat. gua naik bas rapid untuk ke pejabat pos. dan kelihatan 4 ekor abam-abam mat salleh juga di dalam bas tu. mahu saja gua berborak-borak bercerita fasal isu semasa seperti isu PRU13 yang tenggelam habis di tutup oleh isu Lahad Datu. nampak macam up-to-date dan educated sikit. tapi apakan daya gua punya MUET hanya sekadar band 3 tapi sipi-sipi nak band 4 means grammar gua memang sucks gila! so gua buat dunno.

takdir mempertemukan kami lagi di pejabat pos, di pc fair, di ekspo, senang cerita di mana gua dan member gua ada, di situ mereka ada. sampai gua tak naik motor or kereta tapi sebaliknya gua naik hairan. dan selesai semua urusan gua, gua duduk menunggu bas di bus stop. sempat gua membeli ice blended apple+oreo yang ada umphhh! dan melangkah saja gua menaiki bas......di tengah-tengah perut bas, berdiri, tersengih adalah 4 ekor abam mat salleh. apakah?!!

sepanjang perjalanan pulang ke kolej mawar, gua hanya mampu berbalas-balas sengihan dengan mat salleh di hadapan gua. awkward situation! rasa macam entah lah. susah untuk di gambarkan dengan kata-kata.

till then, au revoir! xoxoD...

p/s; gua sempat ke pc fair dan terlihat lah gua sebuah gerai buku yang menjual buku-buku lejen press dan fixi. akhirnya gua menghabiskan voucher BB1M sebanyak 50 hinggit membeli kasarnova, sengih kerang, dan kelabu. gua bahagia (ღ˘◡˘ღ) 

No comments:

Post a Comment