Thursday, March 21, 2013

DIRI GUA YANG LEJEN

Assalamualaikum...
bonjour!

gua bukan nak mendabik dada dan mendongak tinggi ke langit. gua tak mahu meninggi diri yang sedia rendang ibarat kacang buncis. tapi gua rasa bab-bab kena bantai memang gua lejen. kenakalan gua sebagai anak perempuan wak ramli memang tak dapat disangkal lagi. 

sewaktu gua kecik-kecik dulu,
gua memang selalu dikelilingi oleh lelaki. bukan sebab gua hot. gua tak cantik mana pun, setakat sedap mata dipandang oleh Mr. future husband tu adalah kot. gua dikelilingi lelaki sebab gua memang kawan dengan mereka. even gua pakai skirt, gua boleh panjat pokok ceri belakang rumah. gua tak kesah. sekarang? sorry la beb, gua tak sanggup nak tanggung dosa banyak-banyak. gua punya dosa pun dah banyak kot. 

gua dulu memang cempien bab-bab memanjat dan buat kerja yang boleh buat mak gua naik hantu. pernah suatu hari tu, gua panjat ampaian di veranda rumah. rasanya time tu umur gua dalam lingkungan 4 tahun. nak jadi lejen mesti pernah rasa pahit dan kelat. gua jatuh. tangan gua terseliuh ke retak. gua tak ingat. tapi lama juga gua kena pakai anduh. tragis.

belum kira kekebalan gua kena belasah dengan mak. lepas buat akur janji depan mak, komfem gua buat lagi. mak gua pula memang pakar bab-bab melontar ni. semuanya tepat. kalau masuk olimpik agak-agak mak gua boleh jadi cempien lah kot. botol bedak, lori mainan, sikat, sebut je semua benda semuanya mak gua lontar dengan semangat kesukanan. gua dua serious. tak tipu.

kenangan paling tragis.
petang yang aman. mak gua pesan kalau bas sekolah tak ada, terus balik rumah. al-maklum saja bila bas sekolah rosak waktu sekolah sesi pagi, belum tentu bas tu sihat secara otomatik di petang harinya. gua dengar je pesanan mak tapi tak pernah nak lekat dalam otak. input-input nasihat mak, semua gua flush masuk lubang jamban. lepas salam, gua terus blah. tempat menunggu bas agak jauh sebab gua kena turun bukit. lupa nak nak bagitahu, rumah gua atas bukit.

nak dijadikan kisah, bas sekolah memang tak hadir-hadir. dan gua dengan rakus, main dengan member seangkatan di longkang besar sekitar kawasan menunggu bas. bila matahari mula menunjukkan dah nak pukul 5 petang berdasarkan bayang-bayang, gua mula resah. komfem gua kena tibai dengan kerakusan mak.

gua berjalan laju. sampai di rumah, gua mula mengatur strategi. gua dengar lagu hindustan dari dalam rumah. yes! gua konfiden mak tengah khusyuk melayan shah rukh khan bergolek ditengah padang bersama heroin movie tersebut. apa lagi, pintu belakang menjadi sasaran gua. bunyi pintu belakang seakan-akan berbisik-bisik. dan....

WHAT THE FANTASTIC baby!

sekujur tubuh gempal omei-omei berdiri depan pintu dengan muka bengis. apa lagi...gua cabut. I've got no choice but marathon! yang best, mak gua pun join event marathon yang gua cipta. satu pusingan...dua pusingan...dan ti...ti...ti...BAMMM! penyapu lidi tepat di muka gua! panas, terbakor, merah...itu yang gua rasa. magis. sejak bila mak gua pegang penyapu lidi? gua tak pasti. 

hasil marathon hampir tiga pusingan...muka gua sangat patriotik! berjalur-jalur seperti jalur gemilang. terima kasih mak kerana mempatriotikkan anakmu yang baru berumur 10 tahun.

lejen!
sekarang.
gua tak tahu mana hilangnya ke'lejen'an gua. dulu tak ada istilah gayat dalam kamus gua. kini, tinggi je sikit, gua dah naik seriau. mungkin gua dah tahu berpijak dibumi yang nyata sampaikan tinggi sikit nak mencapai langit, gua tak mampu. ciss!

till then, au revoir! xoxoD...

No comments:

Post a Comment