Thursday, July 18, 2013

REPEKKAN RANDOM

Assalamualaikum...
bonjour!

duduk depan laptop jantan kesayangan, lappy.
merenung blog macam laser boleh tembus.
tak ade idea...

tengok keluar tingkap.
hujan renyai-renyai.
masih berkira-kira nak balik kampung atau tidak.
nampak bas lalu-lalang. tak banyak penumpang.
mungkin sebab hujan, manusia lebih suka berhibernasi dari bergerak.
lagi-lagi dibulan puasa, menge'charge' tenaga barangkali.

mata singgah balik menghadap lappy.
'hmmm...jantan sangat kau ni lappy', bisik aku dalam senyap.
dengan calar-balar dan cacat-cela. maaf lappy.
ini semua hasil seni si Harith Rifqi yang lebih sayang dota dari lappy.

sejuk.
tarik selimut dan bergulung dalamnya.
macam kek swiss roll yang enak tu.
eh. bulan puasa. makanan jangan sebut. maaf.

arghh...hati dan otak.
sila bekerjasama buat keputusan.
mahu pulang atau mahu tinggal.
mahu lepas rindu atau pendam rindu.
jemmm.

tadi.
telefon mak. konon nak suruh bodek abah ambil aku.
tapi...abah tak makan bodek. jauh sekali. hati keras.
mahu atau tidak, balik sendiri lah jawabnya.
dugaan bulan puasa. bas bersilih ganti dengan komuter.
malas.
BAS-BAS-KOMUTER-KOMUTER-BAS
nampak tak onar yang aku kena tempuh.
cisss! kenapa tiada bas straight?!
perjalanan yang hanya ambil masa hampir dua jam boleh jadi lebih.
memakan masa 4 -5 jam rasanya.
padahal rumah tak jauh mana.
tidur lagi bagus.
selamat malam...Eh?

till then, au revoir! xoxoD...

p/s; maaf membuang masa anda yang membaca luahan hati empunya blog bersaiz kacang buncis berhati kuman. maaf sekali lagi. ini seduatigarious!

rindu nak pergi bercuti!!! #bilatengahstressbelajar


No comments:

Post a Comment