Sunday, March 10, 2013

PENCURI SELIPAR JAMBAN

Assalamualaikum...
bonjour!

ahad.
dah berapa kali aku buka,tutup,buka,tutup buku. mood ada tapi masih tak cukup. kenapa? sebab meja study iolls tepi tingkap dan bilik iolls menghadap padang. dan di padang itu ada abam-abam bola. dan haruslah sekiranya iolls jeling-jeling game dorang. game? ahakks...mungkin bukan game kot yang dijeling. iiihikss...

so,
aku bukan nak cerita fasal abam-abam bola. bukan. bukan. 
aku nak cerita fasal pencuri barang.

semalam.
kawan aku hilang bra dia kat ampaian. apa lagi mengamuk lah dia. kalau aku pun sama. tapi mungkin lagi extreme kut. aku mungkin bertukar menjadi hulk dan kemudian cabut ampaian tu, dan kemudiannya campak ampaian tu dari tingkat 6, dan kemudiannya masuk lif dan turun ke bawah sebab nak ambil ampaian tu balik, dan kemudiannya pasang ampaian tu balik kat tingkat 6. haha. hang gilo tak pasang balik. mampuih aku kena buang kolej. itu dah kira vandalism taw taw. 

yang paling aku tak menahan, kawan aku hilang barang, aku pulak yang nak gila. selagi aku tak lelap mata, selagi tu aku dengar kawan aku memaki dan mengeji itu pencuri bra. sampai tahap aku berdendam dengan itu pencuri. 


guys.
korang mesti pernah hilang selipar kat masjid kan lagi-lagi time sembahyang jumaat?
aku pun pernah kot. tapi bukan time sembahyang jumaat lah kan.
arghh! time tu aku rasa macam nak sepak semua selipar depan surau tu. pastu buat drama sawan. pastu lari cari pencuri tu. pastu nak sepuk kepala dia laju-laju. tapi aku sabar. kalau aku buat macam tu, dah lama saham jatuh melantun-lantun. tok imam geleng-geleng kepala. jodoh baik-baik, ahli surau semua lari belaka.  kang tak pasal-pasal kena label wani histeria. wani mana? jawab mereka 'wani histeria kat surau tu'. dan femes lah abah sebab mempunyai anak serupa aku. penamat cerita ni, aku dengan pasrah, balik berkaki ayam. nak suruh abah dukung? dah besaq. (╥﹏╥)


iklan; pesanan dari kementerian belia dan sukan.

till then, au revoir! xoxoD...

1 comment:

  1. blogwalking~ ^_^

    doa supaya pencuri tu terbuka hati nak pulangkan barang yang dicuri
    semua barang hak milik Allah, so mintak dengan Allah la :D

    *jangan la doa yang buruk2 pulak dekat pencuri tu, doa dia dapat hidayah so tak ulangi kesilapan yang sama*

    humans make mistakes :)

    visit my blog ye eh, follow kalau sudi, tak paksa ^_^

    http://tinyinwonderland.blogspot.com/

    ReplyDelete