Wednesday, February 06, 2013

JANGAN JANGAN

Assalamualaikum...
bonjour!

"jangan tulis nama dengan warna merah nanti cepat mati"
ohh...habis tu kalau tulis nama dengan warna hijau hidup lama ekk?

"jangan bergambar bertiga lah nanti mesti sorang mati"
kiranya kalau bergambar dua atau berempat sorang pun tak akan mati lah ekk?

"jangan potong kuku malam-malam nanti ada 'benda' yang ajuk malam-malam"
'benda' tu pun pandai potong kuku? pandai dia jaga kebersihan diri.

"jangan makan leher ayam nanti leher teleng"
kucing aku makan leher ayam tak teleng pun.pelik.

"jangan buka payung dalam rumah nanti ular masuk"
e'eehh...macam tau-tau pula ular ni. pakai spy ke ape?

"jangan makan beralih tempat nanti kahwin ramai"
ohh, kiranya kalau beralih 4 kali, kahwin 4 lah ek?tapi kuota titew satu je.camne tu?

"jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul"
oh mm jay! aku baru je terduduk atas bantal tadi.

"jangan menyanyi kat dapur nanti kahwin dengan orang tua"
habislah gua..tiap-tiap hari karok kat dapur kot. gosh!!

"bulu mata jatuh, mesti ada orang rindu"
bulu matu titew baru je jatuh tadi.ehemm...sape rindu titew ni?baik ngaku cepat.

once upon a time,dengan lurusnya aku percaya. vetapa vendul nya aku.haha. orang-orang dulu suka berkias tapi kiasan dorang kadang-kadang terlampau extreme. wa cakap lu. ada ke kalau makan leher ayam boleh teleng? karut. tetiba teringat pak cik polisko time aku kecik-kecik dulu, mati-mati aku ingat pakcik tu teleng sebab makan leher ayam. vengong. pak cik tu dari azali macam tu, kejadian tuhan. 

yang tak menahan bab potong kuku. waktu tu aku darjah lima. aku duduk asrama. ada satu hari tu, aku lupa potong kuku dan esoknya hari isnin. komfem duaratuspatploh percent yang esok ada spot-check. aku punya takut lupa, aku potong malam tu jugak. sebelum tidur, tetiba aku teringat fasal ada benda ngajuk kalau potong kuku malam-malam. damn. terus aku tak boleh tidur. terbayang-bayang aku hantu rambut panjang duduk bersila sambil potong kuku. gila lawak! sebenarnya, orang tua dulu-dulu tak bagi potong kuku malam-malam sebab takut kaki terluka. al-maklum lah dulu pakai pelita. mana lah nampak sangat. tapi sekarang dah pakai lampu kalimantang. suka hati korang lah. thank you Thomas Edison! kerana kau, dunia aku cerah.    bhahaha..

sape yang nyanyi kat dapur tu? kang kahwin ngan orang tua. ngan pakcik pon boley.tehee.
do remember people; 
do not follow words of others that may not necessarily correct, while the words of  the holy prophet Muhammad we never try to follow.

till then, au revoir!xoxoD...

p/s: kite nak cakap ni; kite teringin makan sushi!!! sape nak banje? tehee...


No comments:

Post a Comment