Saturday, June 08, 2013

AKU RASA AKU COOL

Assalamualaikum...
bonjour!

korang nampak tak?
ape tak nampak?
nampak ape?

nampak ke'excited'an aku nak mengupdate blog ni...nampak kan?
haa..pagi-pagi lagi aku dah tercongok depan lappy ala-ala vintage dengan butang keyboard tercabut dan cermin berhabuk ni. serious lappy aku jantan walau tuannya perempuan ayu.#choiii...


dulu. tak lama dulu.
aku pernah try nak jadi orang lain. aku rasa diri aku yang sebenar pasti orang tak suka. aku jujur. bukan apa, aku ni jenis serrraaabaaiii sikit. means mood aku ni swing. sekejap-sekejap panas baran baran tak ketahuan hala dan kejap lagi sabar tak kena masa. sekejap-sekejap bahagia sampai ke bulan dan kejap lagi emosi tahap orang meroyan. entah. aku tak pasti kenapa. tapi jujurnya aku begini. 

tapi jadi orang lain ni penat geng...sejutarious aku cakap lagi penat dari berjogging keliling shah alam ni. sebab kita fake dan yang real tu disorok sebaik mungkin. cuba bayangkan kita main sorok-sorok, sejam pertama...orang tak jumpa, dua jam kemudian....orang tak jumpa lagi, tiga jam seterusnya...still orang tak jumpa lagi. apa korang buat rasa-rasanya? mesti keluar dari tempat menyorok dan menyerah je lah. penat kan sebenarnya menyorok ni?

memang dia ohsem, hebat, kool, ramai orang suka....tapi.....
kita tak tahu dasarnya, kita just nampak luarannya. ibarat tengok laut dalam. kita tak tahu apa yang ada jauh kat dasar laut tu. mungkin ada sebuah perkampungan bikini bottom yang diduduki oleh makhluk-makhluk seperti spongebob, squidward, sandy, mr. crab, plankton dan juga patrick? mungkin juga ada raksasa laut dari planet luar yang akan mengganggu gugat bumi tapi jepun je musnah teruk sebab ultraman terlebih berguling atas bangunan-bangunan konkrit? oppss...ter'over' karut pulak kan...

 jadi diri sendiri ni, aku tak jamin akan bahagia...tapi sekurang-kurangnya kita akan jumpa 1,2,3 mahupun 10 daripada berbillion-billion manusia yang duduk di planet bumi ni yang memahami dan boleh menerima kita seadanya. dan orang-orang ini layak untuk kita bahagiakan kerana orang-orang ini lah yang ada ketika susah senang dan masam manis masin pahit hidup kita. sekian.

 
till then, au revoir! xoxoD...

2 comments:

  1. yup.absolutely agree
    just be yourself.
    even how hard your life is
    just be wani izzati that i know now and for forever :)

    ReplyDelete